Fasa Perancangan
Ahli unit program bercadang menjalankan game "grand chase" sebagai salah satu game dalam program "Inspire The Aspire".
Tujuan game ini diadakan adalah untuk menyedarkan para pelajar supaya mereka tidak menjadi mata duitan dengan melakukan aktiviti yang tidak bermoral, contohnya menjual dan menghantar bekalan 'dadah' untuk mendapat wang yang bernilai tinggi. Dengan melakukan aktiviti yang tidak bermoral inilah, mereka akan dihantar ke penjara sekiranya ditangkap oleh pihak polis.
Tambahan pula, wang yang mereka perolehi sesudah melaksanakan tugasan-tugasan seperti ini adalah bernilai 20 ke atas serta merupakan wang palsu yang dimana para pelajar sendiri tidak mengetahui perkara sebenar disebalik nilai wang yang tinggi itu semasa aktiviti dijalankan.
Tambahan pula, wang yang mereka perolehi sesudah melaksanakan tugasan-tugasan seperti ini adalah bernilai 20 ke atas serta merupakan wang palsu yang dimana para pelajar sendiri tidak mengetahui perkara sebenar disebalik nilai wang yang tinggi itu semasa aktiviti dijalankan.
Tujuan lain adalah pelajar sanggup melakukan aktiviti yang baik seperti mengutip sampah, membuat sorakan, membuat quiz, membantu fasilitator dan lain-lain yang bermoral lagi. Walaupun melakukan aktiviti yang baik hanya mendapat wang yang bernilai rendah, penggunaan masa yang panjang dan lebih susah, tetapi sekurang-kurangnya mereka tidak melakukan aktiviti yang tidak bermoral. Nilai mata wang yang rendah ini pula adalah 20 ke bawah serta merupakan wang yang benar di dalam permainan ini.
Kami semua bersetuju bahawa game ini merupakan game yang bermanfaat yang akan memberi impak yang positif untuk pelajar. Hal ini demikian dalam dunia realiti pada fasa dewasa kelak, terdapat pelbagai lagi cabaran dalam kehidupan untuk dihadapi dan bekerja mendapat wang adalah merupakan salah satu cabarannya. Kami menjalankan game ini adalah untuk memberi kesedaran kepada mereka supaya tidak melakukan aktiviti yang tidak bermoral untuk mendapat wang. Kita tidak boleh memilih jalan pantas untuk mendapat wang dengan melanggar peraturan.
Fasa Semasa
Kami menerangkan peraturan game ini kepada para pelajar tetapi kami tidak memberitahu tujuan-tujuan game ini serta disebalik nilai mata wang yang mereka bakal perolehi. Kami hendak para pelajar memahami game ini sendiri sepanjang game ini berlangsung. Dengan ini, pelajar dapat menanam kesedaran yang kuat dalam hati dan minda mereka.
Semasa game ini dijalankan, kami dapat melihat bahawa terdapat pelajar sanggup melakukan aktiviti menghantar 'dadah' dan menghadapi risiko yang akan ditangkap oleh polis serta dihantar ke penjara. Mereka sanggup melakukan aktiviti ini sebab mereka hendak mendapatkan wang yang banyak dan bernilai tinggi dalam masa yang singkat. Hal ini merupakan perilaku dan tanggapan yang salah.
Dari perspektif lain, juga terdapat sebahagian pelajar tidak melakukan aktiviti tidak bermoral ini sepanjang game ini dijalankan. Mereka sudi melakukan aktiviti yang lebih susah seperti mengutip sampah untuk mendapat wang yang sedikit dan bernilai rendah. Pelajar juga menikmati keseronokan aktiviti membuat sorakan dan bernyanyi untuk mendapat wang kerana mereka dapat bergembira dan bekerjasama pada masa yang sama, Kami juga ada stesen-stesen melakukan aktiviti fizikal. Ahli kumpulan akan menyokong antara satu sama lain untuk menjalankan aktiviti ini. Kami dapat lihat pelajar yang begitu bersatu hati dan bersemangat tidak berputus asa.
Link cheers Inspire The Aspire https://www.youtube.com/watch?v=1qan8UPNOzU
Link cheers Inspire The Aspire https://www.youtube.com/watch?v=1qan8UPNOzU
Dalam game ini ,terdapat 'jutawan' dalam kalangan fasilitator yang akan menabur wang yang banyak dan bernilai tinggi. Sebahagian pelajar akan meragut wang tersebut untuk diri sendiri. Tetapi , kami mendapati bahawa sebahagian pelajar lain tidak mengutip wang ini. Sebab mereka rasa wang ini bukan wang sendiri dan mereka akan memulangkan wang tersebut kepada 'jutawan' itu .
Mereka juga boleh menyimpan wang yang mereka dapat dalam bank untuk mendapat keuntungan ,tetapi mereka hendaklah menghadapi risiko sekiranya wang simpanan akan diragut oleh perompak dalam kalangan pelajar sendiri dimana mereka telah dihasut oleh beberapa ketua perompak dalam kalangan fasilitator juga.Oleh itu, mereka ada pilihan lain iaitu menyimpan duit sendiri dengan baik.Selain itu, kami ada stesen membuat soalan quiz, pelajar gemar pergi stesen ini kerana stesen ini merupakan stesen yang dapat menimba ilmu. Hal ini merupakan releksi yang baik kerana pelajar sudi meningkatkan ilmu pengetahuan dan mencabar sendiri dengan soalan yang susah.
Fasa Selepas
Pelajar mendapat pengalaman yang amat berharga dan belajar nilai-nilai murni yang baik . Nilai murni termasuklah bersikap jujur memulangkan duit yang ditaburkan oleh jutawan , bersungguh -sungguh melakukan setiap aktiviti untuk mendapat wang, bersikap cinta dan bersatu hati kepada ahli kumpulan semasa melakukan aktiviti fizikal dan tidak melakukan aktiviti yang tidak bermoral seperti menghantar 'dadah' untuk mendapat wang .
Pelajar memberi sokongan antara satu sama lain sepanjang game ini dijalankan untuk mengingatkan ahli kumpulan lain supaya tidak ada niat untuk melakukan aktiviti jahat dan dapat ketabahan yang kuat untuk terus melakukan perkara yang baik untuk mendapat wang.
Para fasilitator juga turut mendedahkan tujuan dan nilai mata wang dalam permainan ini agar kesedaran dan pengajaran disebalik keseronokan permainan ini dijalankan dapat difahami oleh para pelajar dalam menghadapi situasi dunia yang realiti.
Para fasilitator juga turut mendedahkan tujuan dan nilai mata wang dalam permainan ini agar kesedaran dan pengajaran disebalik keseronokan permainan ini dijalankan dapat difahami oleh para pelajar dalam menghadapi situasi dunia yang realiti.
No comments:
Post a Comment