Wednesday 4 May 2016

7th APRIL

{ Perjalanan pergi ke MRSM Pendang, Kedah }


Pada pukul 1.30 petang 7 April 2016 (Khamis), seramai 28 orang ahli "Inspire The Aspire" telah berkumpul di perhentian bas Kolej Kediaman Tuanku Kursiah (KK3) untuk menaiki bas yang ditempah ke  destinasi kami kali ini iaitu Maktab Rendah Sains MARA, Jalan Jenun, 06700 Pendang, Kedah, Malaysia untuk menjalankan projek kursus jalinan masyarakat.



Bas bertolak tepat pukul 3 petang selepas semua ahli sampai dan menyusun semua bagasi-bagasi selama 3 hari 2 malam dalam bas. Perjalanan ini telah mengambil masa kira-kira 8 jam untuk sampai ke Pendang. Dalam bas ke Pendang, semua ahli berasa sangat tidak sabar-sabar untuk bertemu dengan pelajar-pelajar MRSM. Demi menyimpan tenaga yang mencukupi untuk hari keesokan, semua ahli pun mula tidur dalam bas ......

 


Bas berhenti di R&R pada pukul 4 dan 7 untuk membolehkan semua ahli berehat dan menjamu selera serta memberi masa untuk ahli-ahli muslim untuk bersolat. 

Akhirnya, kami semua telah tiba ke "homestay" yang disediakan oleh pihak MRSM dengan selamat pada pukul 10 malam. Kami telah mengadakan mesyuarat kecil briefing untuk aktiviti-aktiviti hari pertama di MRSM secara keseluruhan.


 


                                                                                

No comments:

Post a Comment