Sunday 8 May 2016


Assalamualaikum dan selamat tengahari kepada semua..
  Akhirnya dapat juga masa untuk buka BlogSpot ini. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Universiti kerana mewujudkan kursus Jalinan Masyarakat sebagai salah satu kos wajib Universiti. Untuk sesiapa yang belum ambil kursus ini pasti merasakan kursus ini membebankan tapi percayalah kursus ini sangat-sangat menarik =). Saya juga memohon jam kredit tambahan hanya untuk mendaftar kursus ini.

    okey, untuk kelas kami, pelajar sains bahan, kami sebulat suara bersetuju untuk membuat kem fasilitator di sekolah. Setelah beberapa cadangan nama sekolah dan segala perbincangan antara kedua belah pihak, akhirnya MRSM Pendang Kedah dipilih untuk dijadikan tempat kami menjalankan kursus Jalinan Masyarakat kami. Memang jauh Pendang tapi bila lagi masa kita untuk pergi merantau? zaman belajar inilah peluang kita untuk merantau dan belajar sesuatu perkara baru bersama kawan-kawan.

    Banyak persiapan kami telah lakukan bersama untuk jadikan program kami sempurna dan berjalan dengan lancar. Kami telah mengadakan workshop selama lebih kurang seminggu untuk berlatih tarian, sorak semangat and semua katihan dalam kumpulan (LDK) yang akan kami kongsikan bersama adik-adik di MRSM Pendang. Kami ingin melakukan yang terbaik sepanjang berada disana untuk diri kami, nama kelas kami dan sudah semestinya untuk nama Universiti Malaya.

    Kem ini menjurus kepada kem yang dapat memberikan input kepada para pelajar. Walaupun kami mengadakan permainan kebanyakkannya, tetapi setiap permainan tersebut mengandungi pengisian yang tersendiri dari segi ilmu saintifik mahupun moral. Jadi pada pendapat saya, kem ini dapat memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak. Dari pihak kami, kami dapat belajar menguruskan program serta mengasah komunikasi kami dan dari pihak MRSM mereka dapat ilmu baru harapnya.

     Melalui program ini, saya sangat bersyukur kerana hubungan antara kami rakan sekelas menjadi lebih rapat antara satu sama lain. Itu merupakan kejayaan terhebat buat kami. Sekali lagi, saya ingin menzahirkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr. Selvi kerana banyak memberi soikongan secara langsung atau tidak langsung untuk kami menjalankan program ini. Tidak lupa jugak kepada Dr.Goh yang sanggup memandu awal pagi selama 6 jam untuk datang ke Kedah dan sudi memberikan 'talk' yang merupakan salah satu daripada slot program kami. Terima kasih juga dan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pelajar sains bahan kerana telah Berjaya menjayakan program ini dengan jayanya. Kami saling bekerjasama antara satu sama lain. Walaupun ada sedikit masalah yang boleh dikatakan 'minor problem', tapi keseluruhannya kita berjaya. Jika ada peluang dan kesempatan saya secara individu, berbesar hati untuk melakukan lagi program seperti ini bersama kamu semua.

-Nurul Izzati binti Omar-

No comments:

Post a Comment