Sunday 8 May 2016

REFLECTION ( SURENDER GUNALAN SEM 150065 )

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia. Saya Surender Gunalan SEM150065 pelajar kursus Physics. Saya ingin membuat refleksi berkenaan subjek Jalinan Masyarakat yang dijalankan di Universiti Malaya sebagai subjek wajib diambil oleh pelajar. Kami telah menjalankan kerja lapangan di MRSM Pendang,Kedah selama 2 hari bersama pelajar tingkatan 2.

Sebelum kami memulakan kerja lapangan di MRSM Pendang, kami telah membuat persediaan untuk melaksanakan beberapa aktiviti yang berkaitan dengan konsep Fizik. Antaranya ialah kami telah membuat latihan untuk membuat tarian, cheers dan flashmop. Pada awalnya saya tidak dapat menyertai mereka kerana saya telah berkabung dengan pelajar sains bahan untuk subjek ini. Saya berasa amat bangga dan berterima kasih kerana mereka dapat menerima saya dalam kumpulan mereka. Saya juga perlu berterima kasih kepada Dr Selvi kerana bersetuju untuk menyertai kumpulan mereka. Kami bertolak pada pukul lebih kurang 3 petang dari UM. Setelah 6 jam kami pun sampai di Homestay kami. Selepas selesai menyimpan barang-barang kami mengadakan diskusi untuk keesokkan hari. Kami membuat persiapan untuk aktiviti yang akan dilaksanakan.

Di MRSM kami menjalankan banyak aktiviti untuk pelajar tingkatan 2. Kami saling berkenalan antara satu sama lain. Makanan yang disediakan untuk kami memang enak sekali. Cikgu cikgu disana sangat sporting dan boleh bergaul dengan saya seperti biasa walaupun saya pelajar berlainan agama dan bangsa. Pelajar di sana juga amat berbudi bahasa dan menunjukkan kehormatan kepada saya. Kawan kawan saya yang datang untuk kerja lapangan juga amat bertanggungjawab terhadap saya. Pada hari terakhir di sana pelajar disana memang sudahpun menyukai kami. Mereka meminta number dan facebook id daripada kami. Mereka berjanji akan sentiasa keep in touch bersama saya.

Setelah selesai kerja lapangan Jalinan Masyarakat saya berasa sangat berpuas hati dengan diri saya. Saya dapat membina jati diri dan dapat mengetahui sesuatu yang penting untuk hidup. Saya juga dapat mengetahui siapa kawan sebenar dan apa yang perlu lakukan semasa ada dalam masalah.

Sekian terima kasih


2 comments:

  1. I hope you all come mrsm pendang again because we so happy and have interesting experience we always miss you all thak you for coming to mrsm pendang. I from form 2 want to say we so appreciate you all.

    ReplyDelete
  2. I hope you all come mrsm pendang again because we so happy and have interesting experience we always miss you all thak you for coming to mrsm pendang. I from form 2 want to say we so appreciate you all.

    ReplyDelete