Monday 9 May 2016

Refleksi

Pertama sekali, saya ingin berterima kasih kepada pihak universiti untuk menawarkan kursus Jalinan Masyarakat (Sosial Engagement) kepada semua mahasiswa di Universiti Malaya. Pada permulaannya, walaupun jam kredit kursus saya sudah penuh tetapi untuk mengambil kursus ini saya sanggup meminta lebihan jam kredit untuk mendapatkan kursus ini.

Setelah beberapa perjumpaan dan perbincangan, saya dan rakan-rakan saya mengambil keputusan untuk mengadakan Kem "Inspire The Aspire" di MRSM Pendang, Kedah. Kami perlu menghadiri banyak bengkel untuk berlatih tarian dan sorak semangak serta berbincang tentang aktiviti yang akan dijalankan di sana.

Semasa berada di kem tersebut, kami ditugaskan sebagai fasilitator kem. Kami menjalankan banyak aktiviti seperti yang dirancangkan sebelum ini seperti latihan dalam kumpulan (LDK), senamrobik, station games, grand chase, talent night, menari dan pertandingan sorak semangat. Semua aktiviti dijalankan dengan lancar. Semua pelajar berasa sangat gembira untuk menyertai kem tersebut kerana mereka mengatakan aktiviti-aktiviti yang dijalankan itu seronok dan memberi pengajaran kepada mereka. Saya sangat menikmati kem ini kerana inilah pertama kali saya menjadi fasilitator kem. Saya dan rakan-rakan saya berasa seronok menjadi fasilitator kem walaupun jadi seorang fasilitator bukan kerja yang senang.

Setelah menjayakan kem ini, saya didapati bahawa kursus Jalinan Masyarakat ini amat penting kepada kita kerana kursus ini memberi banyak pengajaran kepada kita seperti kerjasama antara satu sama lain, mempunyai keberanian, mempunyai keyakinan diri, serta sikap bertanggungjawab sebagai ketua atau fasilitator.  Bukan kami sahaja yang mempelajari pengajaran ini malah peserta kem juga. Tambahan pula, kursus ini juga mengajar kita tidak boleh cuma belajar sahaja dari pagi sampai malam malah kita juga harus menyumbang kepada masyarakat apa yang kita pelajari.

Akhir sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya, pensyarah kami iaitu Dr Selvi, dan pelajar-pelajar MRSM sebab kem ini tidak dapat dijalankan tanpa mereka. :-)






Ong Gerard ( Fasi Gerard )
SIB150044

No comments:

Post a Comment