Wednesday 4 May 2016

MALAM PENUTUP

                               
Akhirnya sudah tiba pada Malam Penutup Inspire The Aspire. Setelah dua hari melakukan pelbagai aktiviti bersama pelajar-pelajar tingkatan 2 MRSM Pendang, tidak sangka dua hari tersebut lalu begitu pantas.

Bermula selepas magrib, semua pelajar berkumpul bersama fasilitator-fasilitator.


Majlis penutupan program Inspire The Aspire dimulakan dengan pengacara majlis fasi Nurul Atilia .
Seterusnya, sedikit ucapan dari wakil pihak fasilitator UM, Izzati Omar diikuti oleh kaunselor dari MRSM Pendang, Cikgu Anis.








Sedikit cenderahati dari kami diberikan kepada pihak MRSM Pendang.






Terdapat juga persembahan multimedia yang ditontonkan berkenaan dengan pelaksanaan progam 'Inspire The Aspire' yang telah berlangsung selama dua hari tersebut. Kemudian, para pelajar juga menyampaikan persembahan khas sorak semangat untuk para fasilitator. Kami turut membalas sorakan mereka dengan mempersembahkan sorak semangat siswa-siswi UM.

Majlis penyampaian hadiah turut diadakan bagi meraikan kejayaan dan pencapaian setiap kumpulan sepanjang program Inspire The Aspire ini.

Inilah hadiah-hadiah yang telah disampaikan.



Ketua kumpulan menerima hadiah hamper.











Sesungguhnya, hadiah hamper dan kedudukan bukanlah penentu segala-galanya. Apa yang pentingnya di sini adalah pencapaian diri, pengajaran, pembelajaran ilmu serta pengalaman baharulah yang merupakan hadiah sebenar kami kepada para pelajar sepanjang melaksanakan serta bersama-sama menjayakan progam 'Inspire The Aspire' ini bersama kami. 





Selepas tamatnya penyampaian hadiah, tarian dan sorakan Inspire The Aspire dilakukan. Pelajar-pelajar MRSM memang sukakan ZUMBA sehingga mereka ingin melakukannya sekali lagi pada malam itu. 

Kemudian, semua kumpulan keluar dari dewan dan mengadakan sesi perkongsian (sharing session) dengan fasi-fasi masing-masing. Pelbagai perkongsian ilmu dan pengalaman telah disampaikan oleh para fasilitator. Terdapat juga para pelajar yang turut menanyakan pendapat dan nasihat kepada para fasilitator.

                                                                                                                                       
   











Pada malam terakhir itu juga, para pelajar masih bersemangat untuk melakukan sorakan-sorakan Inspire The Aspire, MRSM dan sorakan kumpulan masing-masing. Suasana begitu meriah sekali pada malam tersebut.

Link malam terakhir Inspire The Aspire https://www.youtube.com/watch?v=fhLEmefzWoo

Tidak akan kami lupakan kenangan bersama para pelajar tingkatan 2 pada masa yang singkat ini.
Terima kasih juga kami ucapan kepada pihak MRSM Pendang Kedah kerana sudi menjemput kami untuk melaksanakan program Inspire The Aspire ini bersama para pelajar tingkatan dua.
Semoga kita dapat berjumpa lagi. 


Terima kasih juga kami ucapkan kepada Cikgu Anis kerana banyak membantu kami dalam merealisasikan program 'Inspire The Aspire' ini bersama pelajar tingkatan 2 MRSM Pendang.
#umisone












No comments:

Post a Comment